17 Oktober 2013 - 20:30
Pembentukan gerak kerja bersepadu dan selaras dengan aksi Wahabi

Pusat ajaran Syiah sekarang ialah di Iran, dan kerana itu mereka sedang memerangi Republik Islam Iran. Atas jalan ini salah satu program asasi mereka ialah menukar demografik masyarakat dan meramaikan Ahlusunnah di mana kegiatan pembelian tanah, rumah dan harta komersial daripada pengikut mazhab Syiah turut dijalankan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarim Syirazi semalam dalam Kongres Antarabangsa Peserta Gerak Kerja Imam Sajjad (a.s) memberikan pesanan dan amaran terhadap gerakan Wahabi di beberapa negara. Kata beliau, "Saya telah berkata kepada para pegawai sekiranya hari ini mereka tidak berfikir tentang masalah ini, kemungkinan suatu hari nanti akan sampai ke tahap tidak ada tindakan yang mampu diambil."

Beliau turut meminta pembentukan segera pasukan gerak kerja untuk menghadapi tindakan-tindakan Wahhabi dengan menyatakan, "Dalam perkara ini, tidak ada jalan buntu, dan kita hendaklah menambahkan usaha-usaha kita."

Menyentuh tentang tindakan-tindakan bahaya Wahabi, "Akhir-akhir ini, Wahabi telah memulakan banyak gerakan di dalam Iran yang mana ia berasal dari negara-negara luar, kecepatan melaksanakan program-program tersebut di dalam negara terlalu banyak."

Beliau yang juga merupakan marji' taqlid berkata, "Faktor paling penting aksi-aksi ini ialah Wahabi merasakan bahawa Syiah sedang menguasai beberapa tempat di Timur Tengah sementara askar Iran juga dibentuk berasaskan ajaran Ahlul Bait, walaupun mereka tidak melanggar hak-hak Ahlusunnah."

Sambil menceritakan betapa jelas gerakan ini, beliau berkata, "Pusat asli ajaran Syiah sekarang ialah di Iran, dan kerana itu mereka sedang memerangi Republik Islam Iran. Atas jalan ini salah satu program asasi mereka ialah menukar demografik masyarakat dan meramaikan Ahlusunnah di mana kegiatan pembelian tanah, rumah dan harta komersial daripada pengikut mazhab Syiah turut dijalankan.

"Penindasan minoriti Syiah di beberapa negara untuk memaksa mereka berhijrah dan menukar mazhab dihitung sebagai tindakan-tindakan lain yang dilakukan oleh Wahabi," tutur beliau.

Ayatullah Makarim Syirazi menceritakan tentang beberapa tindakan serupa yang dilakukan Wahabi di beberapa wilayah seperti Masyhad, Shiraz, Urmia dan beliau mengulas, "Sekarang di sekitar Masyhad, Ahlusunnah sedang giat membeli tanah, rumah-rumah daripada masyarakat Syiah sehingga dapat mempertingkatkan jumlah mereka.

"Sekarang ini, berapa banyak kegiatan-kegiatan kumpulan ini sekalipun, akhirnya ia akan memberikan manfaat kepada Israel," jelas beliau.

Sambil mengucapkan tahniah atas tindakan-tindakan menentang gerakan Wahabi yang berbahaya, beliau berkata, "Sebenarnya, sebuah kumpulan yang mempunyai misi untuk menghadapi pemikiran Wahabi telah melangsungkan Kongres Antarabangsa Peserta Gerak Kerja Imam Sajjad (a.s), tindakan ini amat baik dan sesuai, ianya akan menyebabkan tersebarnya ajaran Syiah. Ia akan memberi keberkatan kepada negara dan kerajaan. Hendaklah kita memberikan fokus kepadanya sehinggakan satu Riyal yang dibelanjakan untuk mempromosi ajaran Ahlul Bait (a.s) hakikat sebenarnya ialah akan membantu keamanan dan kestabilan pemerintahan Islam."

Beliau turut menceritakan tentang seminar "Bahaya Wahabi dan Takfiri" pada tahun depan dan berkata, "Sebelum ini, kongres terakhir yang berlangsung di Qom telah dihadiri ulama Ahlusunnah, mereka memberikan ucapan dan menyambut baik dalam kongres tersebut. Namun kita saksikan media-media Wahabi dan Barat telah melancarkan propaganda dengan mengeksploitasi, bahawa para marji' taqlid di Qom ingin menindas Ahlsunnah. Ini menunjukkan pembohongan mereka."

Ayatullah Makarim Syirazi menyatakan pembohongan Wahabi telah sampai ke peringkat mengkafirkan Syiah dan berkata, "Melihat kepada risalah-risalah marji' taqlid Syiah, ianya menunjukkan kita hanya menganggap Nasibi dan Khawarij sahaja yang kafir, sedangkan hak-hak pengikut mazhab Islam yang lain adalah dihormati."

Tambah beliau lagi, "Salah satu tanggung jawab Syiah pada hari ini ialah menjawab keraguan dan mendedahkan pembohongan Wahhabi, ini disebabkan mereka amat mudah berbohong dan membuat tuduhan dalam kitab-kitab mereka."